Search This Blog

Pages

Thursday 8 December 2011

PENGENALAN : MAKANAN SEIMBANG


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauh kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :


i.      Tenaga makanan yang mencukupi
ii.    Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii.   Kandungan fiber yng mencukupi
iv.  Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.


Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.


Kepentingan Makanan Seimbang


A. Makanan Yang Memberi Tenaga

Di Malaysia tenaga 50%-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.


B. Makanan Membina Badan

Protien adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jaringan tisu dalam badan kita. Punca protien adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protien juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.


C. Makanan Menjauhi Penyakit

Makanan jenis ini merupakan makanan yang menbekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ didalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.




MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit  berbahaya?


Kanser (Barah)

Makan Buah-bauhan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofogus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan denagn peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.


Serangan Jantung dan Angin Ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yamg mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.


Lebihan Kolestrol

Kurangkan pengambilam lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolestrol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.


Tekanan Darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan) sehari boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus menggurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari                      

Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.


Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan birin sebelum dan ketika hamil dapat melindungi bayi daripada mengalami spina bifida
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
               
   



No comments:

Post a Comment